Tuesday 10 December 2013

Nak cari sekolah..nak cari sekolah..

Sedang review sekolah utk LAYLA yang akan masuk 4 tahun tahun hadapan....

Selepas beberapa kali istikharah & bertanya pendapat beberapa pihak..kami mengambil keputusan untuk membatalkan kemasukan Layla ke sekolah pertama yang dipilih atas sebab-sebab tertentu & faktor terbesar kerana yuran yang agak mahal.

Lalu kami pun ambil keputusan untuk survey sekolah ini pula.
(bukan la Kami sangat lebih kepada Umi je sebenarnya..hehe..si ayah ikutkan aje..)
Seperti yang diduga...keadaan sekolah atau lebih tepat banglo yang sangat kondusif...tema hijau & pink striking nya pasti menarik sesiapa sahaja dari jauh...

Setelah diterangkan oleh Teacher..in one word - BEST ! -
Layla pun suka <-- ini bukan indikator yg baik sebab macam semua school pun dia suka..:))
English medium (sesuatu kelainan yang diharapkan dari anak ketiga ini..kot2 boleh speaking sikit)..
Aktiviti-aktiviti mcm banyak benda boleh explore..
Learning while Playing...
Teringat akan kisah yang pernah Ustaz Zamri Mantop ceritakan dalam Klinik Keluarga dulu..kanak-kanak Jepun banyak keluar untuk belajar..contoh: Hari ni kita pergi Kebun Anggur!!!
Sebab tu bila balik Malaysia diorang agak stress sebab banyak main dengan buku buku buku..
cikgu pulak macam garang-garang sikit...
Best kan kalau macam tu? Tapi dapat sekolah yang seakan-akan macam tu pun dah alhamdulillah sangat...
Menu semua dah diterangkan satu persatu..
Petang waktu daycare ada nap time..bath time..tea time..
Petang-petang sambil tunggu parent ada gardening2 sikit..

Sebenarnya anak kepada seorang sahabat pernah sekolah di sini dulu.
Sahabat itu sering memberi review yang baik-baik tentang sekolah ini & foundernya yang sangat baik hati.
Keyakinan anak2nya lebih terserlah walau berdepan orang ramai.
Sebab tu dari dulu nak sangat tengok school ni tapi tak sempat2 nak tengok..
Dah ada 4 cwgn sekitar bangi...(walaupun dekat je dari rumah kebanyakannya)

Masih meneliti komentar dan review dari blog lain juga.
Setakat ini tiada komplen..yang positif sahaja nampaknya...

contohnya yang ni:
http://yayamagicclown.blogspot.com/2013/01/yaya-di-hari-orentasi-tadika-abc.html
- sangat kreatif diorang buat supaya budak-budak tak nangis masa hari pertama sekolah..

http://farah-hanim.blogspot.com/2012/11/finally-tamatlah-sessi-pra-sekolah.html
- ni siap sedih giler hari last sekolah...pelik2

termasuklah program Little Hafiz Hafizah yang saya rasa amat menarik. Boleh baca di blog:-
http://miesha-jept.blogspot.com/2013/09/little-hafiz-hafizah-tadika-abc.html

kat youtube banyak show budak-budak ni..search sahaja.."tadika ABC Bangi"

Yuran?
Permulaan nampak mahal sedikit tetapi meliputi kos sepanjang tahun including outdoor trips..
siap ada swimming/ trip to Library setiap bulan!
Bulanan pun ok 7am-6.30pm (tengok jadual yuran di bawah)


Macam ok je..macam ok je..hehe
Sedang elok lah..lepas kerja, ambil abang dan kakaknya di SRITI
Boleh terus ambil Layla di sini sebab dah memang on the way back...

+ optional course : taekwando/dance/ &
ada juga AL-BAGHDADI   hanya rm50 je sebulan!! --> ni yang saya dok cari-cari sebab Layla dah mula kenal beberapa huruf menggunakan sistem ni. Alat ketuk dan buku dah ada beberapa set di rumah. (sebelum ni saya pernah mengikuti beberapa siri kursus dengan Al-Baghdadi KL)

Walaupun TADIKA ABC ini belum lagi se gah BBIM, CIC, LC & GA
tapi dah menjadi sebutan ramai di sekitar Bangi/Kajang...

Suka tak suka tak?


Setakat ini rasanya istikharah saya dan suami terasa berat untuk hantar Layla ke sini..
Moga keputusan ini terbaik buat dirinya, keluarga, agama dunia & akhirat..in syaa Allah.

Harapnya posting ini dapat menjadi panduan buat ibubapa yang masih dalam dilema mencari-cari pusat didikan anak di waktu kita bekerja.
Teruskan istikharah...teruskan survey...
Ikutlah naluri navigasi kita dengan supervision Allah Taala!